5 Perkara Yang Wajib Diketahui Oleh Pemilik Kereta Manual Bagi Memastikan Kereta Tahan Lebih Lama

Walaupun kereta manual dianggap susah dipandu berbanding kereta auto, tetapi cara penjagaan enjin kereta manual…

Walaupun kereta manual dianggap susah dipandu berbanding kereta auto, tetapi cara penjagaan enjin kereta manual adalah jauh lebih senang berbanding kereta auto. Akan tetapi kereta manual juga terdapat pantang larangnya. Jom kita sama-sama lihat apakah Pemilik Kereta Manual perlu tahu bagi memastikan kereta tahan lebih lama.

5 Perkara Yang Wajib Diketahui Oleh Pemilik Kereta Manual ialah:

kereta manual
  1. Tinggal Dalam Gear Dekat Traffic Light

Maksudnya adalah pemandu membiarkan kereta berada di dalam gear untuk jangka masa menunggu traffic light. Hal ini seharusnya dielakkan oleh pemandu kerana pengguna klac yang betul ialah digunakan untuk waktu yang singkat sahaja seperti menukar gear. Kesan buruk yang boleh berlaku ialah kita telah meletakkan tekanan untuk jangka masa yang lama pada klac yang juga akan menyebabkan throw out bearing kereta untuk rosak. Untuk pengetahuan throw out bearing ni tidak mahal pun tapi proses untuk menukar tu sangat rumit yang menjadikan upah penukaran menjadi mahal.

2. Rehatkan Tangan Atas Tombol Gear

Ramai pemandu kereta manual yang buat benda ini. Kadang-kadang ianya sudah menjadi tabiat pemandu untuk merehatkan tangan atas tombol gear kereta. Cara yang betul untuk menjaga kereta manual ialah pemandu perlu mengelakkan untuk letakkan tangan atas tombol gear. Ini kerana tombol gear bersambung terus secara mekanikal dengan mekanisma dalam gearbox kereta, bila kita gerakkan tombol gear sebenarnya kita menggerakkan shift fork, komponen inilah yang akan kuncikan gear yang kita pilih. Jadi kalau kita rehatkan tangan atas gear akan menyebabkan shift fork ni bergerak dan menyebabkan geseran yang tidak perlu.

3. Balance Minyak Dengan Klac Dekat Bukit

Hal ini selalu diukur untuk kepakaran pemandu untuk bermain klac. Akan tetapi tabiat ini perlu dielakkan kerana akan menyebabkan geseran yang tidak perlu pada komponen dala gearbox. Bila ada geseran sudah tentu akan menyebabkan haus. Cara yang betul untuk mengelakkan kereta dari terundur kebelakang di bukit ialah dengan mengangkat handbrake dan apabila boleh bergerak pemandu boleh tekan klac sampa rpm turun sedikit lalu tekan minyak dan lepaskan handbrake.

4. Rehatkan Kaki Atas Padel Klac

Nampak ringkas tetapi mungkin ramai yang mempunyai tabiat untuk merehatkan kaki atas padel klac. Hal ini juga perlu dielakkan bagi pemilik kereta manual diluar sana. Mana tidaknya apabila kita merehatkan kaki diatas padel kita tanpa sedar akan tertekan klac dan ia boleh menyebabkan berlakunya geseran yang tidak perlu dan boleh menyebabkan kerosakan.

5. Jangan Malas Downshift Bila Perlu

Kadang bila kita dalam gear yang tinggi dan rpm rendah, lepastu bila nak memotong kenderaan dihadapan terasa malas untuk downshift. Kesudahannya kita tekan minyak semakin kuat dan memaksa enjin kita untk bekerja lebih keras.

Berikut merupakan sedikit sebanyak perkongsian tentang penjagaan enjin manual yang telah dikongsikan oleh YouTube Hasbullah Syarah.

Sumber: Hasbullah Syarah

Share