5 Tanda ‘Brake Pad’ Anda Perlu Ditukar

‘Brake pad’ merupakan antara komponen yang sangat penting dalam sistem ‘braking’ kereta. Hal ini kerana,…

Brake pad

‘Brake pad’ merupakan antara komponen yang sangat penting dalam sistem ‘braking’ kereta. Hal ini kerana, ianya berfungsi untuk mencengkam piring brek bagi menghenti/memperlahankan sebuah kereta. Oleh kerana fungsinya ini, ia lebih cenderung untuk haus untuk sesuatu tempoh masa.

Apabila berlakunya hal ini, kita haruslah menukar komponen ini dengan secepat yang mungkin kerana bimbang ianya akan menghakis piring brek pula. Perkongsian kalini dikongsikan oleh Dr. Hasbullah.

5 Tanda ‘Brake Pad‘ Perlu Ditukar Ialah:

1)Bunyi bising apabila tekan brek

Tanda pertama yang anda akan rasa ialah semasa anda tekan brek dan ia mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dikeluarkan seakan bunyi sesuatu yang bergeser. Ada sesetengah kereta yang memang mengeluarkan bunyi semasa brek.

Akan tetapi kebiasaan kereta tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi apabila kita tekan brek. Ia sepatutnya lancar dan senyap sahaja.

Punca berlakunya ialah kerana pad brek sudah kehabisan dan menyebabkan piring bergesel dengan besi yang memegang pad brek.

2) Calar pada permukaan ‘disc’

Tanda yang kedua yang anda patut tahu ialah terdapat kesan calar pada ‘disk. Kesan calar tersebut tersebut terlalu dalam dan menyebabkan ‘disk’ menjadi tidak rata sehingga brek menjadi tidak mencengkam dengan sempurna.

Tips untuk memeriksa piring brek ialah dengan menyentuh keseluruhan piring brek untuk mengenal pasti sebarang permukaan yang tidak rata atau lekukan yang dalam. Sebelum sentuh piring brek, pastikan yang kereta sudah parking untuk jangka masa yang lama kerana ada kemungkinan untuk piring brek panas.

3) ‘Braking distance’ semakin jauh

‘Braking distance‘ boleh dirasai apabila kita selalu memandu kereta yang sama untuk jangka masa yang lama. Walaubagaimanapun ianya merupakan sesuatu yang sukar untuk dikenalpasti apabila kita jarang memandu sesebuah kereta tersebut.

Cara untuk mengenalpasti masalah ‘Braking distance’ semakin jauh ialah apabila kita terpaksa tekan brek lebih kuat dari biasa dan juga kita perlu brek lebih awal daripada biasa.

4) ‘Warning light’ menyala

Tanda yang keempat bahawa ‘brake pad’ semakin menipis ialah apabila keluar lampu amaran yang akan memberi tahu pemilik kereta untuk menukar ‘brake pad’ dengan segera. Malangnya, bukan semua kereta mempunyai ‘features’ ini.

5) Stereng bergegar semasa tekan brek

Biasanya bila brek stereng bergegar ni adalah disebabkan ‘disc brake’ yang bengkok. Ada juga kemungkinan yang ‘brake pad’ habis tak rata lalu menyebabkan stereng bergegar apabila kita tekan brek.

Kesimpulannya dengan mengetahui tanda-tanda ‘brake pad’ yang perlu ditukar yang dikongsikan ini boleh memberi manfaat kepada semua yang membaca dan juga lebih peka di masa hadapan.

Sumber: Youtube Hasbullah Syarah

Baca juga: Ini Perbezaan Minyak Enjin Yang Perlu Anda Ketahui

Share