Setiap kenderaan tanpa mengira jenama wajib mempunyai aksesori kereta kecemasan. Namun segelintir rakyat Malaysia tidak mangambil berat akan hal ini. Jangan sampai kita sesal dikemudian hari. Sesetengah kereta mungkin sudah dilengkapi dengan aksesori yang bakal min kongsikan. Jadi harini min nak kongsikan 5 aksesori kereta yang penting dan berfaedah untuk anda.
Ini Adalah Senarai Aksesori Kereta Yang Penting Dan Berfaedah Untuk Anda:
1. Dashcam
‘Dashcam’ ini sangatlah penting dan boleh dianggap wajib kepada semua pengguna kereta kerana ia boleh memudahkan pelbagai urusan kita yang tidak dapa dijangka.
Sebagai contoh, ia boleh memudahkan kita apabila berlaku kemalangan, tidak kiralah samada kita sendiri yang terlibat dalam kemalangan tersebut atau sebaliknya. Ini kerana kita boleh menggunakan rakaman daripada ‘dashcam’ tersebut sebagai bukti ataupun untuk membantu siasatan pihak polis. Pentingkan alat ini.
2. Jumper Mudah Alih
‘Jumper’ mudah alih ini penting untuk kita simpan dalam kereta kita. Hal ini kerana ia dapat membantu kita apabila kereta tiba-tiba tak hidup semasa dalam perjalanan. Andai kata bateri kereta pada waktu itu sudah lemah dan kita tidak sempat untuk ke bengkel untuk menukar bateri baru.
Perbezaan antara jumper mudah alih dengan jumper biasa ni sangat la ketara dan memudahkan kita. Sebagai contoh, jumper mudah alih tidak memerlukan bantuan atau ihsan daripada kereta lain untuk ‘jumpstart’ kereta kita. Jimat la masa kalau macamtu kan.
3. Pemecah Cermin Kereta
Alat ini juga berguna kepada kita apa bila situasi kecemasan. Sebagai contoh, situasi dimana kereta yang dipandu oleh kita terbabas dan terhumban kedalam sungai atau mana-mana tempat yang menghalang kita daripada membuka pintu seperti biasa. Disini muncul kelebihan pemecah cermin kereta ini. Cara untuk menggunakannya pun senang. Hanya perlu tekan ditengah-tengah cermin kereta dah ia akan retak dengan serta merta.
4. Pam Tayar Mudah Alih
Sebagai pengguna kereta, kita sepatutnya memeriksa tekanan angin tayar kita dengan kerap. Ini kereta tekanan angin yang kurang boleh menyebabkan tayar kita cepat pancit atau yang lebih teruk ia juga boleh merosakkan dinding tayar kereta kita. Jadi alat ini amatlah sesuai untuk disimpan di dalam kereta kita untuk sentiasa bersedia.
Pam tayar mudah alih ini membolehkan kita untuk pam tayar kita tanpa perlu ke bengkel atau stesen minyak. Tidak dapat dinafikan bahawasanya ia sangat memudahkan kita.
5. Lampu Kecemasan LED
Lampu LED boleh dikatakan agak penting untuk kita apabila kereta yang dipandu mati dikawasan gelap dan sunyi. Untuk tidak membahayakan diri kita atau pengguna jalanraya lain kita seharusnya memberi isyarat, bahawasanya kita berada di sini. Selain itu, pengguna jalanraya lain tidak akan terlanggar kereta kita yang tidak dapat dihidupkan di bahu jalan.
Pesan akhir, ingatlah bahawa segala alatan ini akan memudahkan kita apabila berlaku sebarang kecemasan. Mana tidaknya, kita tidak dapat menjangka bila waktu susah tu akan tiba. Oleh itu kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi ini.
Sumber: Shopee