7 Benda Yang Wajib Diperiksa Sebelum Memulakan Perjalanan Pulang Raya

Perjalanan pulang raya selalunya akan melibatkan perjalanan yang jauh atau melibatkan masa yang lama. Mana…

Perjalanan pulang raya selalunya akan melibatkan perjalanan yang jauh atau melibatkan masa yang lama. Mana tidaknya, semua umat Islam diseluruh dunia mahu meraikan Hari Raya bersama dengan orang yang tersayang. Oleh itu, terdapat beberapa komponen kereta yang wajib kita periksa sebelum memulakan perjalan yang panjang ini.

Antara komponen yang perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan pulang raya ialah :

1. Servis Kereta Terlebih Dahulu

Seperti ramai yang sedia maklum bagi semua pengguna kereta. Kita seharusnya servis kenderaan kita secara berkala bagi memastikan keadaan kereta kita berada dalam kondisi yang sangat baik.

Antara contoh komponen yang perlu dititikberatkan ialah servis minyak enjin, filter, spark plug dan minyak auto (bagi kenderaan auto).

Apabila terjaganya semua benda yang disebut diatas, kita tidak akan merasa risau untuk berjalan jauh.

2. Periksa Tayar Kenderaan

Perjalanan Pulang Raya

Seterusnya, satu-satunya benda yang menyentuh jalan tar ialah tayar kenderaan kita.

Oleh itu kita seharusnya memastikan tayar kereta kita berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan pulang raya kita.

Antara yang perlu diperiksa ialah keadaan tayar itu sendiri dari segi luaran.

Sebagai contoh, keadaan bunga tayar atau tekanan angin tayar atau jika terdapat sebarang benjolan yang tidak sepatutnya atau benang tayar terkeluar.

Semua yang disebut itu wajib diperiksa untuk keselamatan pemandu dan penumpang.

3. Periksa Brek
Brek juga antara komponen penting seperti tayar. Oleh itu anda seharusnya memeriksa brake pad, brake rotor semua dalam keadaan yang baik.

Jangan risau jikalau anda tidak berbuat demikian anda boleh sahaja hantar ke bengkel untuk pomen periksakan.

4. Periksa Lampu

Perjalanan Pulang Raya

Lakukan pemeriksaan kepada segala jenis lampu yang ada dikereta anda. Hal ini sangatlah jarang dilakukan oleh kita semua.

Antara lampu yang harus diperiksa ialah lampu headlight, lampu brek, lampu signal dan lampu kabus.

Tujuan pemeriksaan lampu ini ialah kerana ingin memastikan keselamatan pemandu dan juga pemandu lain

5. Periksa Wiper

Wiper juga penting dalam memastikan anda memandu dengan selesa semasa perjalanan pulang raya nanti.

Jikalau wiper anda sudah tidak mampu untuk lap cermin hadapan dengan sempurna ianya perlu ditukar.

Antara sebab ia perlu ditukar ialah apabila hujan lebat penglihatan pemandu akan menjadi sangat terbatas dan berbahaya apabila wiper tidak berfungsi dengan sebaik mungkin.

6. Periksa Aircond Kereta

Perjalanan Pulang Raya

Aircond kereta juga perlu diperiksa juga bagi memastikan keselesan dan keselamatan semasa memandu terjaga.

Mesti anda tertanya apa yang aircond ni lakukan sampai boleh menjejaskan keselamatan pula.

Begini, aircond memainkan peranan yang sangat penting apabila waktu hujan ini kerana apabila aircond tidak berfungsi cermin kenderaan akan jadi berwap dan pandangan pemandu terhadap jalan menjadi sangat terhad.

Cermin berwap ini dipercayai berlaku kerana suhu didalam kereta lebih tinggi daripada suhu diluar kereta.

7. Periksa Sebarang Bunyi Yang Pelik

Yang terakhir ialah berikan perhatian semasa memandu kenderaan anda, cuba fokuskan pendengaran anda jika terdapat sebarang bunyi yang pelik tidak kisah sama ada di bahagian enjin atau bahagian tayar atau belting enjin.

Ini mungkin tanda-tanda untuk kereta anda akan “breakdown” semasa perjalanan pulang raya anda nanti.

Sumber : YT AutoHaus KL

Aksesori yang wajib untuk kereta

Share