Sebagai pencinta kucing, kita semestinya akan menghadapi masalah ketika mahu membawa kucing pulang ke kampung. Mana tidaknya, Si Bulus ni bukannya suka dikurung. Tambahan pula kereta yang bergerak juga menjadi faktor kepada Si Bulus untuk meragam. Ini tips untuk memastikan perjalanan anda dan Si Bulus pulang ke kampung dengan selesa dan lancar.
Apa Nak Kena Buat Untuk Memastikan Kucing Sentiasa Behave?
1. Puasakan Si Bulus
Caranya ialah puasakan kucing korang, ini antara cara untuk bagi Si Bulus selesa. Tempoh Si Bulus perlu dipuasakan ialah 12 jam sebelum kita memulakan perjalanan. Bukan apa, jikalau Si Bulus mulakan perjalanan yang jauh dengan perut yang penuh dibimbangi akan menyebabkan Bulus loya dan muntah di dalam kereta. Selain itu, untuk langkah berjaga-jaga anda bolehlah meletakkan potty pad kat dalam sangkar Bulus.
2. Sediakan snek dan treats
Tujuan sebenar untuk sediakan snek adalah kerana apabila anda perasan kucing anda baru nak meragam atau tengah moody. Anda boleh cuba untuk mengalih perhatian yang sedang ketakutan didalam kereta dengan memberikan mereka snek dan treats yang dibuat khas untuk kucing. Ingat jangan bagi kucing anda sembarangan snek tau.
3. Sediakan Calming Spray & Catnip
Untuk pengetahuan pencinta kucing, Catnip & Calming spray ini mempunyai baunya yang tersendiri yang mampu untuk menenangkan Si Bulus. Oleh itu, ia juga tersangatlah berguna untuk memberikan ketenangan kepada kucing jika taktik bagi snek tidak menjadi.
Kredit: TikTok cats_hometown