Pernahkah anda alami masalah watermark pada cermin kereta anda? Masalah ini bukanlah masalah baru yang dihadapi oleh kita semua rakyat Malaysia. Hal ini kerana negara yang berada di Garisan Khatulistiwa boleh dikatakan kerap hujan sepanjang tahun. Tahukah anda punca watermark itu sendiri boleh datang daripada hujan. Harini min nak share kat korang dengan hanya 3 barang ini sahaja masalah watermark boleh dibendung.
Berdasarkan ciapan Twitter oleh pemilik akaun @chairman_GLC mengatakan, beliau hanya luangkan sepuluh minit sahaja untuk mendapat cermin seperti gambar diatas. Tambahan pula, beliau menggunakan 3 barang sahaja untuk proses ini. Bahan yang diperlukan ialah air, magic sponge dan cerium oxide. Jom ikuti langkah untuk hilangkan watermark ini.
Langkah Menghilangkan Watermark ialah:
- Campurkan cerium oxide dengan air.
- Sebatikan campuran itu sampai air tu pekat sikit. (Tapi jangan terlalu pekat tau)
3. Basahkan magic sponge dengan campuran cerium oxide.
4. Bilas cerman dengan air mengalir.
5. Mula gosok pada cermin dengan membulat sampai masalah watermark pada cermin itu hilang
6. Bilas dengan air bersih yang mengalir. Hasilnya kita boleh lihat sendiri.
Min berharap semoga perkongsian daripada @chairman_GLC dapat membantu ramai pengguna kereta diluar sana. Bayangkan kalau tanpa tips tidak dikongsi, masalah watermark ini boleh ditanggalkan apabila kita hantar kat kedai sahaja. Bukan apa, tanda watermark ini sangatlah susah untuk ditanggalkan. Kini ada alternatif yang lebih murah.