Cara Menghilangkan Calar Di Kereta

Majoriti pemilik kereta tidak suka apabila terdapat calar di kereta. Lagi-lagi apabila calar itu bukan…

Majoriti pemilik kereta tidak suka apabila terdapat calar di kereta. Lagi-lagi apabila calar itu bukan disebabkan oleh oleh lain selain pemilik kereta. Untuk artikel kalini, min nak share berkenaan cara nak menghilangkan calar di kereta yang boleh dilakukan dirumah sahaja. Maklumat tambahan, calar disini hanyalah calar halus sahaja. Kalau calar dalam memang kena hantar bengkel ye. Berdasarkan perkongsian Twitter daripada @HadifWalid, ini keadaan kereta beliau sebelum proses.

Berikut merupakan cara dan benda yang diperlukan untuk menghilangkan calar di kereta:

  1. Kain microfiber
  2. Heavy Duty Polish (Tidak spesifik kepada satu jenama sahaja)

Lepastu korang boleh mula gosok di tempat yang calar seperti di handle pintu, peringatan kepada anda untuk hanya pakai kain microfiber sahaja semasa menggosok. Dilarang menggunakan kain biasa ye. Seterusnya ialah ulang gosok ditempat yang sama sehingga calar yang ada itu hilang. Selepas calar hilang, korang boleh mula ratakan sampai nampak berkilat.

Selain itu, @HadifWalid juga sempat menambah yang bukan calar pada handle pintu je yang boleh hilang, malah semua tempat calar pada body kereta boleh dihilangkan. Melainkan calar yang dalam memang tak boleh hilang, kena lah cat baru.

Disamping itu, pemilik ciapan ini sempat berkongsi bahawa brand Jetsen ialah yang paling efektif buat masa ini bagi pandangan beliau sahaja.

 

 

Share