Apa Itu Loss Of Use Dan Bagaimana Cara Untuk Claim

Loss of use adalah kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan anda atau kos sewa…

Loss of use adalah kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan anda atau kos sewa kenderaan gantian.

Maklumkan kepada service centre yang anda mahu membuat tuntutan loss of use setelah kereta anda diperbaiki. Itula sedikit sebanyak pengenalan berkenaan loss of use.

Perkongsian ini dikongsikan oleh Fatiha Ziqra berkenaan pengalaman peribadi beliau berkenaan konflik yang dihadapi oleh beliau semasa claim loss of use.

Bagaimana Cara Nak Claim Loss of Use dengan betul?

loss of use

Menurut beliau. “apabila kita dilanggar dari belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh claim Loss of use atas sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian”.

Tambahan lagi, ”loss of use ni dia akan kira berapa hari telah diperlukan oleh bengkel untuk baiki kereta kita darab dengan cc kereta.

“Macam kereta saya 2500 cc bersamaan rm50 sehari untuk claim. Jadi 98 hari tu kena tolak cuti umum, sabtu ahad dan masa menunggu alat ganti (spare part). Jadi dapatla jumlah dalam lingkungan Rm 5000 keatas”.

Akan tetapi ketidakadilan mula berlaku apabila Fatiha Ziqra sudah menghantar surat tuntutan loss of use namun apa yang dibalas oleh pihak insurans ialah tuntutan beliau yang diluluskan adalah RM1000 sahaja, sedangkan kereta dah lama ditinggalkan dibengkel iaitu selama 98 hari.

Tambahan beliau hal ini bukan lah baru berlaku akan tetapi sudah ramai orang diluar sana yang menghadapi situasi yang sama. Syarikat insurans enggan memberi pampasan penuh kepada mangsa.

Jadi apa yang dilakukan oleh Fatiha Ziqra ialah menghubungi pihak insurans terlebih dahulu dan apabila pihak insurans dilihat seperti mahu mengelak lagi Fatiha Ziqra terus buat claim letter yang kedua dan kalini beliau nyatakan dalam surat

“I memangg demand full claim tapi kali ni I libatkan kan surat tu ke both insurance, Bank Negara, TPPM and my lawyer office.” ujarnya.

Selepas itu, beliau terus dapat mesej dari agen yang menyatakan “Kalau boleh jangan libatkan bank negara, pengalaman saya susah kita bila libatkan bank negara ni”.

Ada juga yang berkata “kalau kita boleh bagi full claim, miss tak perlu libatkan bank negara” .

Maka sudah jelas bahawa taktik sesetengah pihak insurans ingin mengurangkan kadar claim daripada client dengan menggunakan cara ini.

Seperti yang dijangkakan beberapa minit lepas tu Fatiha Ziqra terus dapat reply emel yang approved full claim as per demand dan after dua hari terus duit masuk dalam bank.

Apa yang dapat kita belajar daripada Fatiha Ziqra ialah untuk peka dengan hak kita, jangan biarkan diri kita ditindas sedangkan ianya adalah hak kita sebenarnya.

Oleh itu, sentiasa peka dan ambil tahu perkara perkara yang termaktub dalam terma dan syarat yang kita tandatangani semasa mengambil sesuatu insurans.

Sumber: Fatiha Ziqra

Baca Juga: Tips Semasa Mengambil Kereta Baru? Ikuti Langkah Ini Untuk Mengetahui Apa Yang Perlu Diperiksa Pada Kereta

Share