Bila sebut sahaja Tesla, sudah tentu ramai yang mengenali jenama kereta eletrik dari Amerika Syarikat ini.
Akan tetapi ramai juga dikalangan rakyat Malaysia berpandangan bahawa ianya hanya gah pada namanya sahaja.
Selain itu, ia juga dianggap overpriced dan overhyped semata-mata.
Perkongsian kalini dikongsikan oleh Izzuddin Yussof, beliau menceritakan pengalaman test-drive kereta Tesla milik kawan beliau.
Kelebihan Tesla Yang Ramai Tidak Tahu:
1) Antara kereta level 2 autonomous driving yang paling murah
Sebagai contoh Mercedes, Ford, Audi, BMW, Cadillac (GM), etc.
Jenama diatas ada buat autonomous driving tetapi ianya hanya ditawarkan dekat kereta yang paling high end.
Harga pula boleh mencecah RM400k. Sedangkan Tesla model 3 boleh dapat dalam RM200-300k
2) Teknologi yang ditawarkan oleh Tesla
Bila cakap pasal Tesla, orang suka la compare dengan kereta EV yang lain.
Ujar Izzuddin, ‘It is not about EV’. Beliau tidak pernah berminat dengan EV.
‘Tesla is about technology’. EV is just part of the technology. Autonomous driving is just a part of that technology.
Selain daripada EV dengan autonomous driving, teknologi sound system dia pun power.
Macam cinema atau kalah cinema. First time dengar pasti akan kagum
Kamera dia pun sangat jelas. Kereta ini tak pernah ‘turn off’ sepenuhnya.
Dia sentiasa on standby mode. Macam telefon kita tu. Dan kamera dia semua sentiasa on.
3) Bukan untuk sedap drive, sebab dia buat kereta untuk jadikan orang tak perlu drive.
Jujurnya Tesla masih belum capai full autonomous driving (Malahan jauh lagi).
Tak boleh lagi tahap masukkan destinasi, dia pergi sendiri daripada tempat parking, tanpa perlu buat apa, dan sampai destinasi pun parking sendiri.
Akan tetapi autopilot kalau guna dekat jalan masa dah begerak tu, memang dah sangat best.
Dia punya mengekalkan jarak dengan kereta depan, brake, berhenti kalau kereta depan berhenti, jalan balik kalau kereta depan jalan.
Features ini akan jadikan driving sangat mudah terutamanya long distance driving atau masa traffic jam.
4) Antara kereta EV yang paling power.
Acceleration speed 0-100 km/j hanya dalam 3-4 saat. Laju macam mana tu?
Macam naik roller coaster. Kalau mendadak tekan pedal, orang dalam kereta boleh terpelanting ke belakang.
Jarak bergantung model, tapi dalam range 450 – 550km.
Max speed sampai 230kmj. Dibandingkan dengan majoriti kereta EV yang lain hanya sampai 160kmj sahaja.
Dari segi kos elektrik?
Kalau kat Malaysia, secara purata gunakan Tesla jimat kos minyak sebanyak 65% (mengikut kiraan Google Bard)
5) Hanya dengan software update, performance kereta boleh berubah, function boleh bertambah.
Tesla sentiasa update software dia, dan setiap kali update, akan ada benda berubah.
Ada sekali tu update, tiba-tiba kereta boleh pergi lagi jauh. Ada masa update, autopilot jadi lagi smooth.
Dan paling best semua update ni boleh dibuat menggunakan Wi-Fi rumah. Tak perlu pergi service centre.
Kalau ada new function seperti full-self driving function, ianya boleh dibeli di system online.
6) Bateri
Bateri kereta ini akan perlu tukar bila sampai masanya.
Ada yang mengatakan bateri perlu ditukar lepas guna 160,000 km, bateri Tesla punya capacity baru kurang sebanyak 5%, bermaksud daripada boleh drive 450km, sekarang tinggal 427km. Okay lagi. Takde beza mana pun. Sedangkan 160,000 km tu jarak yang biasanya orang dah nak jual dah kereta tu.
Bateri disyorkan untuk ditukar bateri lepas capacity kurang 20%. Elon Musk sendiri estimate.
Bateri hanya akan kena tukar selepas 300k – 500k miles (~482km – 804km)
Pernah jumpa orang guna kereta mileage sampai banyak tu? Haa tak pernah kan.
By the time kena tukar, kita beli baru je rasanya sebab dah berpuluh tahun dah usia kereta tu.
7) Varian di Malaysia
Tesla yang jual kat Malaysia ada dua variant utama. Satu UK. Satu Jepun
Advantage UK, semua benda compatible dengan Malaysia. Plug, frekuensi radio.
Advantage Jepun, dia murah. Sebab Tesla memang drop harga kat Jepun sebab kena compete dengan Nissan dengan Toyota.
Kalau Tesla masuk Malaysia secara official pun, harga yang diimport daripada Jepun masih akan lebih murah daripada official dekat Malaysia
Berapa harga Tesla daripada Jepun?
Boleh dapat semurah RM228k. Kalau model UK, tambah la dalam RM30k daripada harga tu.
Itu model paling murah la. Tapi masih ada autopilot with all the technology.
Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat Malaysia.
Justeru itu, diharapkan penggunaan kereta elektrik dapat berkembang lagi, kerana ianya dapat mengurang pencemaran alam sekitar.
Baca juga: Apa Itu Loss Of Use Dan Bagaimana Cara Untuk Claim