Ini Perbezaan Minyak Enjin Yang Perlu Anda Ketahui

Minyak enjin atau minyak pelincir adalah elemen penting dalam penjagaan kereta. Ia berfungsi sebagai lapisan…

Minyak enjin

Minyak enjin atau minyak pelincir adalah elemen penting dalam penjagaan kereta. Ia berfungsi sebagai lapisan perlindungan antara dua permukaan besi yang bersentuhan di dalam enjin anda.

Apa yang berlaku apabila didalam enjin kita tiada minyak pelincir. Enjin boleh menjadi panas dan berkemungkinan besi yang bersentuhan boleh cair dan jammed.

Oleh itu, jom kita pelajari jenis- jenis minyak pelincir yang sesuai berdasarkan jenis kereta seperti yang dikongsikan oleh Dr Hasbullah.

3 Jenis Minyak Enjin dan Perbezaannya Yang Anda Perlu Tahu:

1)Mineral Oil

Minyak pelincir jenis ini merupakan pilihan yang paling murah yang berada di pasaran. Disebabkan konsistensi minyak yang cepat berubah mengikut suhu, ia tidak mampu melindungi lapisan enjin secara menyeluruh.

Untuk menyesuaikan minyak pelincir dengan suhu panas atau sejuk, ia telah ditambahkan dengan beberapa bahan. Namun, ia tidak mampu bertahan lama di dalam enjin. Akan tetapi lama-kelamaan, bahan tambahan ini akan hilang.

2)Semi-Synthetic

Berbeza pula dengan semi-synthetic oil, minyak jenis ini merupakan campuran antara ‘mineral oil’ dan juga ‘synthetic oil’.

Kelebihan minyak ini berbanding ‘mineral oil’ ialah minyak ini dapat mengekalkan kelikatan minyak bersesuaian dengan suhu.

Ianya tidak sebagus minyak ‘fully-synthetic’ tetapi pilihan yang lebih baik berbanding minyak mineral.

Harga untuk minyak ini adalah sederhana, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

3)Fully-Synthetic

Minyak ‘fully-synthetic’ ini pula ialah minyak enjin yang paling efisyen dalam mengadaptasi dari segi suhu.

Kebiasaan kereta berprestasi tinggi wajib menggunakan minyak jenis ‘fully-synthetic‘ ini.

Hal kerana enjin kereta ‘performance’ akan bekerja lebih keras dan membakar lebih banyak bahan api untuk memindahkan kuasa pecutan dari enjin ke tayar.

Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Prof Hasbullah berkenaan perbezaan jenis minyak enjin.

Baca juga: Cuaca Panas Dan Bahang Boleh Merosakkan Kereta

Share