Suami Fatin Afeefa dicari oleh JPJ berkenaan isu penggunaan nombor plat palsu

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Erick Jusiang akan meminta bantuan polis bagi…

Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Erick Jusiang

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Erick Jusiang akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa yang sebagai dikenali Opai bagi membantu siasatan.

Ianya berikutan dengan penggunaan nombor plat ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.

Mengikut Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Erick Jusiang berkata, sehingga kini lelaki itu belum hadir ke Pejabat JPJ untuk memberikan keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.

“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.

“Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha di Jalan Pahang, malam tadi.

Beliau percaya Opai (Suami Fatin Afeefa) masih berada di ibu negara dan tindakan Opai yang mengabaikan notis temu siasat tanpa sebarang maklum balas itu sebagai mencabar pihak JPJ.

Sumber: Berita Harian

Baca Juga: Kereta berlanggar 6 cedera termasuk 2 parah

Share