Cuaca Panas Dan Bahang Boleh Merosakkan Kereta

Negara kita sudah tidak asing lagi dengan cuaca panas. Ini kerana Malaysia mengalami cuaca yang…

Negara kita sudah tidak asing lagi dengan cuaca panas.

Ini kerana Malaysia mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21˚C hingga 38˚C.

Disebabkan itu, kereta kita akan selalu terdedah dengan panas yang berpanjangan dan boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada kereta

Antara Kesan Yang Disebabkan Cuaca Panas Dan Bahang Pada Kereta

1) Enjin

Enjin sebenarnya mampu menahan bahang panas.

Namun, bahang kepanasan melampau boleh merosakkan enjin dan menjejaskan prestasi kereta anda.

Hal ini boleh berlaku kerana udara sejuk lebih berat daripada udara panas.

Apabila cuaca terlalu panas, bahagian intake menerima oksigen yang kurang padat.

Sekaligus membuatkan kereta perlu bekerja dua kali ganda untuk mendapatkan prestasi biasa.

Kesannya, enjin terpaksa bekerja berlebihan akibat kehilangan kuasa.

2) Bateri

Cuaca panas

Suhu panas boleh menyebabkan bateri cepat lemah sebelum sampai masanya.

Hal ini kerana beban penggunaan pendingin hawa yang lebih kuat untuk menyejukkan kabin kereta yang panas.

3) Pendingin Hawa

Suasana yang bahang dan panas membuatkan pendingin hawa kereta bekerja dua kali ganda.

Ini kerana mahu mengekalkan suhu didalam kereta sentiasa sejuk.

Hal ini sekaligus memberi tekanan yang lebih terhadap compressor aircond.

4) Komponen Kulit

Cuaca panas

Material kulit itu sendiri tidak tahan dengan panas yang berpanjang.

Apa yang dapat dipastikan ialah apabila material kulit apabila dibiarkan sewaktu cuaca panas boleh menyebabkan ianya menjadi keras dan merekah.

5) Komponen Plastik

Plastik juga merupakan komponen yang tidak tahan dengan haba.

Maka ia cenderung untuk menjadi keras dan rapuh yang akan membuatkan ianya cepat rosak.

6) Cat

Cat kereta selalunya mempunyai beberapa lapisan pelindung cat.

Namun, apabila kereta terlalu kerap terkena cuaca panas boleh menyebabkan pelindung menipis sekaligus merosakkan warna cat kereta.

7) Tayar

Tayar diperbuat daripada getah dan sifat semulajadi getah apabila terdedah dengan panas terlalu lama boleh menyebabkan kondisi tayar menjadi kering dan merekah.

Kerosakan ini dipanngil ‘reput kering’. Contoh lain ‘reput kering’ ialah seperti mayat mumia.

Berbalik pula pada tayar, tayar yang reput kering boleh mengubah prestasi tayar kerana kerosakan utama seperti sidewall tayar berubah menjadi keras, rapuh dan merekah.

Sumber: Carmudi

Baca juga: Tesla Telah Mengubah Pandangan Saya Terhadap EV

Share