Wah!! Ini Rupanya Koleksi Kereta Mewah CR7 Terbaru

Cristiano Ronaldo merupakan pemain bolasepak no. 1 paling kaya dalam dunia. Beliau merupakan pemain yang…

Cristiano Ronaldo merupakan pemain bolasepak no. 1 paling kaya dalam dunia. Beliau merupakan pemain yang berkebolehan tinggi apabila berada di atas padang.

Tidak hairanlah gaji bulanan beliau juga merupakan gaji paling mahal buat masa sekarang dan kemampuan membeli Cr7 tidak dapat disangkal lagi. Ini merupakan koleksi kereta mewah CR7 terbaru milik beliau.

 

Kereta Mewah CR7

Antara Kereta Mewah CR7 Yang Termahal

1. Bugatti Centodieci (RM 36.2 juta)

Model Bugatti ini merupakan model yang Bugatti paling limited kerana 10 unit sahaja yang dihasilkan dan CR7 merupakan salah seorang daripada 10 orang itu. Kereta Bugatti ini mengambil masa hanya 2.4 saat sahaja daripada 0 hingga 100Km/j. Top speed Bugatti Centodieci ialah 380 km/j.

2. Bugatti Chiron (RM12. 5 juta)

Kereta Mewah CR7

Dikuasakan dengan enjin 8.0 liter 16 silinder menghasilkan 1500hp. Model Chiron ini hanya mengambil masa 2.4 saat sahaja daripada 0 – 100 km/j. Top speed untuk Bugatti Chiron ini dituntut oleh pihak Bugatti sendiri bahawa model ini dapat mencapai sehingga 420 km/j.

3. Bugatti Veyron (RM9.17 juta)

Topspeed untuk Bugatti Veyron ini pula ialah 410 km/j dan hanya memerlukan 2.6 saat dari 0 sehingga 100 km/j. Bugatti Veyron ini merupakan roadster yang paling pantas semasa Bugatti release.

 4. Ferrari Monza SP1 (RM8.16 juta)

Kereta Mewah CR7Ferrari Monza SP1 ini merupakan kereta para collector kereta kerana hanya 500 unit sahaja yang dihasilkan diseluruh dunia dan cara untuk membeli kereta ini hanyalah dengan invitation daripada pihak Ferrari sendiri .

5. McLaren Senna (RM 4.06 juta)

McLaren Senna ini merupakan modified version bagi model McLaren 720s dengan enjin 4L twinturbocharged V8. Kereta ini menggunakan transmisi seven-speed dual-clutch yang menghasilkan 789 hp. 0 ke 100 km/j hanya 2.8 saat. Topspeed Mclaren Senna ialah 335 km/j.

Harus diingat kebanyakan harga kereta yang disebut diatas adalah harga tanpa tax ye.

Sumber: YouTube King Luxury

 

Share