5 Koleksi Kereta Mewah Messi Terbaru

Bintang bolasepak dari Argentina iaitu Lionel Messi terkenal dengan hobinya yang gemar mengumpul kereta. Mana…

Bintang bolasepak dari Argentina iaitu Lionel Messi terkenal dengan hobinya yang gemar mengumpul kereta. Mana tidaknya, dengan gaji sebanyak RM 28 juta sebulan sudah tentu hobinya ini dapat dipenuhi. Antara kereta yang dikumpul oleh beliau bukan kereta biasa-biasa tau. Jom kita tengok koleksi kereta mewah Messi yang cantik dan “rare”.

Kereta Mewah Messi

Antara 5 Kereta Mewah Messi Yang Terkini dan “rare” ialah.

1. Ferrari 335 S Spider Scaglietti (RM 160 juta)

Untuk pengetahuan semua kereta ini dibeli oleh Messi semasa proses bidaan kereta antik. Messi telah memenangi bidaan untuk kereta ini dengan harga RM 160 juta. Antara pesaing yang Messi perlu bersaing untuk memiliki kereta ini ialah bintang bolasepak dari Portugal iaitu Cristiano Ronaldo. Kereta yang dibuat pada tahun 1957 ini mempunyai kapasiti enjin 4L V12, 12 silinder yang boleh mencapai kelajuan maksimum 300 km sejam. Memang laju.

2. Ferrari F430 Spider (RM 730 ribu)

Kereta Mewah Messi

Ferrari F430 ini ialah model yang istimewa kerana bumbung kereta ini boleh dibuka dan ditutup. Untuk pengetahuan, kereta ini adalah antara kereta kegemaran Messi dan masih lagi digunakan oleh beliau sehingga sekarang. Harga kereta ini ialah RM 730 ribu tapi ini harga sebelum cukai. Spesifikasi model enjin berkapasiti 4.3L V8 yang menghasilkan 483 hp dengan kelajuan maksimum  310 km sejam.

3. Pagani Zonda Tricolore (RM 8 juta)

Jentera ini menggunakan enjin daripda Mercedes yang berkapasiti 7.3L, V12, N/A, 6 speed. Dapat menghasilkan kelajuan maksimum sehingga 350 km per jam.

4. Mercedes SLS AMG (RM 2.8 juta)

Model Mercedes ini berkapasiti 6.2L,V8. kereta ini ialah antara kereta kegemaran Messi mungkin disebabkan ianya model yang istimewa iaitu cara pembukaan pintu sejenis butterfly door. Kereta ini boleh mencapai dari 0 hingga 100 hanya dalam masa 3.8 saat dan kelajuan maksimum adalah 315 km per jam.

5. Maserati Gran Tourismo MC Stradale (RM 1 juta)

Kereta Mewah Messi Model Maserati ini merupakan kereta harian yang digunakan oleh Lional Messi akan tetapi kereta ini menggunakan enjin yang agak besar untuk kereta harian  kerana ianya menggunakan enjin 4.7L V8 yang menghasilkan 450hp.

Sumber: YouTube Mekanika

Share