Nak Lari Roadblock Punya Pasal, Sampai Melanggar Kereta Lain

Kejadian dipercayai berlaku di Subang Perdana, Sungai Buloh, Sabtu lepas. Seorang penunggang motosikal cedera dipercayai…

Kejadian dipercayai berlaku di Subang Perdana, Sungai Buloh, Sabtu lepas. Seorang penunggang motosikal cedera dipercayai kerana melawan arus untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya lalu merempuh kereta.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian pada jam 6.17 petang itu berlaku apabila lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana cukai jalan dan insurans motorsikal sudah tamat tempoh selain tidak mempunyai lesen memandu.

Penunggang motorsikal Yamaha 135LC dipercayai cuba melawan arus untuk melarikan diri dari polis trafik sebelum merempuh Proton Persona.

Beliau berkata, penunggang tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di klinik berhampiran Sungai Buloh.

Kedua-dua pemilik kenderaan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Juga: Kakak dan adik maut kereta bertembung lori tangki minyak

Share