2 ‘Polis Honda City’ Berjaya Diberkas

Kejadian berlaku di Kulai, Johor. Sekumpulan lelaki dipercayai menyamar sebagai ‘polis palsu’ cuba untuk menahan…

Kejadian berlaku di Kulai, Johor. Sekumpulan lelaki dipercayai menyamar sebagai ‘polis palsu’ cuba untuk menahan sebuah kereta atas tujuan untuk merompak. Perkongsian ini dikongsikan di laman tiktok pada 5.6.2023.

Polis Palsu

Cubaan ‘Polis Palsu’ Mengejar Mangsa

Video tersebut memaparkan aksi kejar mengejar antara kereta suspek (Honda City) dan juga pemilik video. Suspek memecut laju dan mengarahkan pemilik video untuk berhenti ditepi jalan.

Tindakan bijak yang dilakukan oleh pemilik video adalah tidak berhenti. “Bila ada polis tahan macam ni jangan berhenti. Polis hanya guna kereta pasukan PDRM ketika bertugas” – ujar pemilik video

Terbaru, Polis IPD Kulai telah memaklumkan bahawa 2 daripada suspek telah pun diberkas. Seorang dipercayai seorang penjawat awam, manakala seorang lagi didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beberapa barangan yang digunakan suspek (polis palsu) turut dirampas seperti sebuah kereta jenis Honda City, baju pantulan cahaya, lampu mata arah mudah alih, serta lampu suluh Fenixe35.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, serta di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang, atau RM100,000 yang mana lebih besar, dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

sumber: FB page Polis Johor

Baca Juga: 5 Tanda Bateri Kereta Anda Dah Lemah

Share