Siapa je yang tidak gembira apabila mahu mengambil kereta baru tak kira la sama ada kereta first hand atau second hand kan. Tapi tahukah anda perlu berwaspada pada hari bahagia anda itu and kena periksa kereta secara menyeluruh sebelum menerima kereta itu. Jom ikuti langkah mudah untuk periksa kereta baru anda dengan perkongsian daripada @Irwan Syah.
1. Periksa luaran kereta. Pastikan tiada calar, kemek, cat tanggal, tiada kesan karat, tayar semua sama brand and size. Periksa kereta di tempat terang untuk lebih senang nak kesan kecacatan. Paling senang periksa cat pada body dan bumper. Biasanya dalam production, body dan bumper ni di cat pada tempat berasingan. Maka kebarangkalian untuk warna tak sekata tu tinggi.
2. Periksa bahagian dalam kereta. Seperti fabrik seat, semua plastik part, pastikan tiada calar, warna sekata, karpet. Periksa secara visual dan cuba la sentuh sikit mana-mana plastik part nak tahu longgar atau ketat.
3. Buka hood. Periksa sekali engine condition. Pastikan tiada hose yang bocor, paras cecair yang optimum, tiada wiring yang tertanggal, pastikan tiada bahagian yang berkarat.4. Hidupkan engine dan minta untuk drive sekeliling kawasan tu je. Lepas hidupkan engine, pastikan semua malfunction indicator tak menyala macam ABS, Engine check, temperatur, Airbag dsb. Then, periksa la semua suis yang ada, power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal, hon, ciggarette lighter, side mirror switch, dsb. Periksa sekali gear, tak kira AT or MT. Periksa ketat sgt ke, loose ke. Tak lupa juga hand brake.
5. Masa drive, test semua pedal yang ada. Periksa steering condition, brake, cuba la tukar-tukar gear. Kalau auto cuba la gear selain ‘D’. Cek juga meter cluster condition, jarum speedometer, tachometer. Nyalakan lampu untuk periksa brightness meter. Tak payah bawak laju, dalam 30 or 40 km/h pun dah cukup.
Manakala dari segi driving condition:
Part ni paling penting sebab kalau ada problem, ianya tak dapat dikesan secara visual. Tak payah tunggu kereta korang sampai 1000 km, dah boleh cek terus. Lagi awal dapat kesan problem, lagi senang nak report kat service centre. So secara mudahnya:
1. Periksa kereta korang masa tengah hari yang tengah panas membahang untuk pastikan engine korang berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan aircond.
2. Drive kereta masa hujan. Lagi sejuk lagi bagus. Sama juga, nak pastikan engine tiada problem masa hujan atau sejuk.
3. Pastikan engine kereta tiada masalah untuk dihidupkan di awal pagi.
Ok, semua di atas ialah condition yang korang kene try sebab ada kereta masa sejuk okay, tapi masa panas dia meragam. Begitulah sebaliknya.
Dari segi driving pattern:
1. Try accelerate full throttle. Make sure tiada rasa power loss or rasa lembab semacam. Apa-apa hal kalau nak senang tengok tachometer (rpm). Biasanya abnormality senang nak kesan kat situ. Kalau ada rasa tak normal, cuba ingat kat speed berapa, rpm berapa dan gear berapa.
2. Cruising. Cari la mana-mana jalan lurus yang panjang or highway, try la drive constant kat beberapa speed, 60, 80, 100km.h dsb. Cuba la detect apa-apa yang tak normal macam bunyi-bunyi, pedal rasa berat or tak respond. rpm tiba naik or drop, wind noise dsb.
3. Cari tempat yang selamat, cuba brek secara lembut dan secara kuat. Pastikan tiada masalah pada brek dan tak menjejaskan engine (engine mati or mengaum) selepas berhenti.
4. Cuba la drive tempat jem paling teruk. Lagi teruk lagi bagus. Cek la pedal condition masa ni dan tengok engine rpm. Adakah stabil or mengaum-ngaum?
5. Drive la kereta korang kat tempat-tempat hill climbing macam Genting or cameron. Nak periksa power kereta korang. Nak lagi best, bawak 4 orang bagi penuh. Masa ni la nak cek, respon engine masa naik bukit dan brake masa turun bukit. Tapi berhati-hati sikit sebab agak bahaya.
Itulah Perkongsian dari @Irwan Syah yang sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam urusan memeriksa kereta sebelum beli.
Sumber: FB @Irwan Syah