Sebagai pengguna kereta pada masa kini, terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu. Sebagai contoh, apa yang wajib diketahui oleh pemilik kereta auto yang bakal dibincangkan pada post kalini.
Seorang pemilik kereta sudah semestinya sayang akan kereta yang dimiliki. Mana tidak, harga sebuah kereta boleh mencapai puluhan malah ratusan ribu ringgit. Sudah tentu kita mahu menjaganya dengan baik. Ini merupakan apa yang wajib diketahui oleh pemilik kereta auto.
1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.
Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan. Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan dikawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.
2) Selain itu, apa yang wajib diketahui oleh pemilik kereta auto ialah minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan) dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.
Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang (harga murah tetapi selepas 3-4 tahun lagi anda merana)
3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di “N” sahaja. Jangan di “P”, ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step “N” dan “D” diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).
Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).
Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++.
4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dgn step “2” atau step kedua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual.
Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan “2” step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step “D”. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja. Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.
Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di Lembah Klang ni faham-faham sendirilah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.
6) Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)
7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”. Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step “D”, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.
10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Berikut merupakan apa yang wajib diketahui oleh pemilik kereta auto yang telah dikongsikan oleh @Viral Media Johor di Facebook. Semoga bermanfaat!
Source: Viral Media Johor